| |
| Pork Dickson di Negeri Sembilan, Malaysia, terletak 34 km daripada ibu negeri Seremban dan satu setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Pantai berpasirnya dikelilingi pokok ru, kelapa dan dahan tersebar pohon ara. Zon Kesihatan terletak di dalam kawasan seluas 61 km sepanjang Lukut ke Pasir Panjang di Port Dickson, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2007, ia merupakan tempat ideal untuk pengamal perubatan dan kesihatan untuk mengadakan perniagaan. Pelabur akan memperolehi insentif berikut. |
| |
| i) | 70% daripada pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat melalui perkhidmatan yang diberikan kepada warga asing dikecualikan cukai selama 10 tahun bermula daripada taksiran tahun 2008. Insentif ini hanya diberikan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan kesihatan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan |
| ii) | Mesin dan peralatan yang digunakan secara langsung dalam perkhidmatan kesihatan juga diberikan pengecualian cukai. |
| | |
Insentif di perenggan (i) dan (ii) akan diberikan kepada permohonan yang diterima oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) sebelum 31 Disember di alamat berikut: |
| | Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Perkhidmatan Perniagaan & Pelbagai Tingkat 2, Blok 4, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel : 603-2267 3633 Faks : 603-2274 7970 |
| |
AKTIVITI PERUBATAN DAN KESIHATAN YANG LAYAK MENERIMA INSENTIF |
| No | Bidang Klinikal | | 1. | Geriatrik | | 2. | Obstetrik & Ginekologi | | 3. | Dermatologi | | 4. | Perubatan Estetika | | 5. | Optalmologi | | 6. | Pembedahan Plastik, rekonstruksi dan perkhidmatan kosmetik | | 7. | Perkhidmatan Pergigian Kosmetik | | 8. | Rawatan kesihatan | | 9. | Perubatan tradisional | | 10. | Penyakit kronik dan terminal | | 11. | Perkhidmatan sokomgan klinikal |
|
| | |
Untuk pengesahan kepada amalan perkhidmatan, sila hubungi kementerian kesihatan di alamat berikut : |
| | Bahagian Amalan Perubatan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Tingkat 3, Blok E1 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel : 603-8883 1296 Faks : 603-8881 0901 |
| | |
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: |
| | Majlis Perbandaran Port Dickson KM 1, Jalan Pantai 71009 Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia Tel : 606-6471122 Faks : 606-6474984 Emel : mppdns@mppd.gov.my |